Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Nota Pemikiran Kreatif – Motivasi Pagi IKIM.FM 14 Mei 2012:
FB Ustaz Hasrizal
Big Picture Thinking membantu menampakkan kepada kita masalah secara lengkap. Bantu bezakan antara masalah kelihatan dengan masalah sebenar. Contoh: masalah remaja dalam big picture, adakah masalah mereka masalah sebenar atau simptom kepada masalah lain?
Focused Thinking membantu memindahkan gambaran Big Picture tadi kepada tindakan yang optimum. Think big act small, yakni tindakan mesti fokus.
Creative Thinking pula membina banyak jalan untuk sampai kepada matlamat yang telah ditentukan hasil dua pemikiran tadi.
Untuk mendapat pemikiran kreatif, mesti hargai idea, berkawan dengan orang kreatif dan jiwa perlu seronok dengan kerja yang dibuat, baru ada asas untuk berkreatif. Juga mesti berani melanggar beberapa ‘peraturan’ yakni kebiasaan.
Nabi SAW semasa menerangkan maksud surah al-An’aam ayat 154, Baginda tidak guna cara biasa sebaliknya guna pendekatan memvisualkannya dengan lakaran di tanah.
Teknik visual saya gunakan untuk menyemai sifat sabar kepada anak-anak yakni dengan membayangkan di dahi mereka ada butang pause. Kanak-kanak faham tetapi mungkin tak tahu macam mana sabar jika penerangan kita hanya tentang fadhilat sabar serta pahala ukhrawinya. Mesti patuh law of learning yakni ada ‘small steps’. Di sinilah peranan kreativiti.
Orang kreatif kata, “give me good idea, I will give you a better one”
Rakamannya ada di http://www.mediafire.com/?zn2523jl2f23qd4
Download link :-
http://www.mediafire.com/?127gmc4skpkcv33